Siri Huawei MediaPad M5 Dengan Paparan 2K Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok Comments Off on Siri Huawei MediaPad M5 Dengan Paparan 2K Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok

Huawei hari ini telah mengedarkan kad jemputan pelancaran Huawei MediaPad M5 kepada para media tempatan. Menariknya, kami juga menjadi salah seorang yang menerimanya.

Berdasarkan imej tablet yang dimuatkan, kedudukan logo, butang Home, dan kamera depan merujuk kepada model Huawei MediaPad M5 Pro. Carian di pelayar pula, tablet ini dilengkapi paparan skrin bersaiz 10.8-inci dengan resolusi 2K (2560 x 1600p) iaitu sama dengan apa yang dicetak pada bahagian bawah kad jemputan.

Selain daripada menawarkan skrin berkualiti tinggi, M5 Pro juga hadir dengan cipset Kirin 960, RAM 4GB, dan storan sehingga 128GB. Dikuasakan menerusi Android 8.0 Oreo, tablet ini semestinya mensasarkan golongan ‘heavy user’ yang mahukan tablet berkuasa khususnya untuk bermain game. Model asas MediaPad M5 juga akan diperkenalkan bersama dengan spesifikasi sedikit rendah.

Apa-apapun kita tunggu sahaja sehingga pelancarkan rasmi esok, mana tahu pihak Huawei ada kejutan untuk peminat di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend