Siri HUAWEI Mate 30 Mungkin Hadir Dengan Dwi-Kamera Utama Sony IMX6XX Comments Off on Siri HUAWEI Mate 30 Mungkin Hadir Dengan Dwi-Kamera Utama Sony IMX6XX

Bulan Oktober merupakan bulan penting buat HUAWEI yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mercu yang kedua iaitu siri Mate 30. Banyak maklumat yang kita terima mengenai peranti ini termasuklah konfigurasi kamera yang akan digunakan.

Terkini, menurut peniris terkenal di Weibo telah mendedahkan bahawa siri Mate 30 akan dilengkapi sistem dwi-kamera utama. Mereka juga mendakwa siri Mate 30 tidak akan menggunakan sistem kamera periskop seperti yang diguna pakai pada siri P30 tahun ini.

Kemungkinan HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro akan diletakkan dua buah sensor Sony IMX600 Series hasil kerjasama Sony dan HUAWEI. Sensor yang digunakan pula adalah 40MP (atau lebih) bersaiz 1/1.7-inci dan 1/1.5inci.

Setakat ini, siri Mate 30 dijangka hadir dengan cip pemproses terbaru Kirin 985, bateri 4,200mAh diikuti pengecasan pantas 55W, dan sokongan 5G, serta pelbagai ciri menarik lagi.

sumber

Baca juga:

Huawei Mate 30 Bakal Guna Skrin Melengkung 6.71″, SuperCharge 55W, Sambungan 5G, Dan Banyak Lagi

Rekaan Sebenar HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Dirakamkan Di Dalam Tren Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend