Siri HUAWEI Mate 10 Tidak Lagi Tersenarai Untuk Menerima Kemas Kini Keselamatan Android Comments Off on Siri HUAWEI Mate 10 Tidak Lagi Tersenarai Untuk Menerima Kemas Kini Keselamatan Android

Siri HUAWEI Mate 10 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada Oktober 2017 yang lalu dengan sokongan EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

Selepas lebih dua tahun berada di pasaran, HUAWEI telahpun mengesahkan bahawa siri Mate 10 sudahpun tersenarai untuk menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10.

Walau bagaimanapun, penerimaan kemas kini itu mungkin yang terakhir akan diterima oleh siri Mate 10. Ini berikutan ada laporan yang mendakwa HUAWEI sudahpun mengeluarkan siri Mate 10 daripada senarai peranti yang akan menerima kemas kini keselamatan Android.

Namun berdasarkan senarai tersebut, Mate 10 Lite dilihat masih lagi tersenarai antara peranti yang akan menerima kemas kini pada setiap suku tahunan.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend