Siri Huawei Enjoy Mencatatkan Jualan Lebih 45 Juta Unit Dalam Tempoh Tiga Tahun Comments Off on Siri Huawei Enjoy Mencatatkan Jualan Lebih 45 Juta Unit Dalam Tempoh Tiga Tahun

Huawei baru sahaja melancarkan dua model dari kelas pertengahannya iaitu Enjoy Max dan juga Enjoy 9 Plus di China beberapa hari lepas. Mungkin ada di antara anda di luar sana yang masih tidak begitu mengenali siri Enjoy, sungguhpun begitu ia sebenarnya mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pembeli secara global.

Menurut Huawei sejak siri Enjoy diperkenalkan tiga tahun yang lalu, sebanyak 45 juta unit model dari siri itu telah berjaya dijual di seluruh dunia. Model pertama yang diperkenalkan pada tahun 2015 yang lalu adalah Enjoy 5 serta Enjoy 5s, dan ia telah mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna kerana harga jualannya yang mampu milik iaitu bermula daripada CNY1,000 (kira-kira RM600).

Malah model terbaharu Enjoy Max dan Enjoy 9 Plus juga dilihat hadir dengan sokongan spesifikasi yang baik dalam rekaan yang menarik, pada harga yang berbaloi untuk dimiliki. Walau bagaimanapun, buat masa ini ia hanya boleh dimiliki secara rasmi untuk pasaran di China sahaja.

Huawei Enjoy Max Dan Enjoy 9 Plus Dengan Rekaan Takuk Berbeza Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend