Siri HONOR Play 4T Diperkenalkan – Pro Ada Skrin AMOLED, Kirin 810, Pengecasan Pantas Comments Off on Siri HONOR Play 4T Diperkenalkan – Pro Ada Skrin AMOLED, Kirin 810, Pengecasan Pantas

HONOR Play 4T Pro dan HONOR Play 4T hari ini telah diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran China. Kedua-dua peranti menawarkan kamera utama 48MP, bateri 4000mAh, dan storan boleh diperluaskan.

HONOR Play 4T Pro memiliki paparan AMOLED 6.3-inci beresolusi FHD+ dan pada skrin tersebut terdapa pengimbas cap jari disamping rekaan takuk yang menempatkan kamera depan 16MP.

Pada bahagian belakang, peranti ini dilengkapi sistem trikamera yang terdiri daripada sensor 48MP, sensor ultralebar 8MP, dan kedalaman 2MP. Play 4T Pro dikuasakan oleh SoC 7nm Kirin 810, memori 6GB atau 8GB, diikuti storan sebesar 128GB. Teknologi pengecasan menyokong 22.5W yang pantas.

HONOR Play 4T Pro dijual di China pada harga CNY1499 (~RM917) untuk varian 6GB+128GB manakala varian 8GB+128GB ditawarkan pada harga CNY1699 (~RM1039) sebuah.

Beralih ke model yang lebih asas, HONOR Play 4T pula hanya dilengkapi paparan IPS LCD 6.3-inci HD+ yang takuknya juga menyediakan lensa kamera swafoto 8MP.

Kamera utama peranti ini menyatukan dua kamera berbanding tiga seperti model Pro. Padanya terdapat sensor 48MP dan 2MP kedalaman untuk penggambaran efek bokeh. Telefon ini dijana cipset Kirin 710A dengan didampingi 6GB RAM serta 128GB storan. Tetapi untuk sistem pengecasan, tiada yang pantas selain pengecasan biasa sahaja.

HONOR Play 4T akan berada di pasaran China pada 21 April 2020 pada harga CNY1199 (~RM733) sebuah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend