Siri HONOR 30 Dengan Nilai Keseluruhan Melebihi RM185j Berjaya Dijual Dalam Jualan Pertama Di China Comments Off on Siri HONOR 30 Dengan Nilai Keseluruhan Melebihi RM185j Berjaya Dijual Dalam Jualan Pertama Di China

Pada minggu lepas HONOR telahpun melancarkan model telefon pintar terbaharunya yang terdiri daripada tiga model iaitu HONOR 30, HONOR 30 Pro dan juga HONOR 30 Pro+.

Memandangkan hari ini merupakan hari jualan pertama siri HONOR 30 di China, ia telah berjaya mencatatkan rekod jualan yang memberangsangkan apabila HONOR berjaya memperolehi nilai jualan keseluruhan melebihi CNY300 juta (~RM186.06 juta).

• Tangkap skrin pengumuman rasmi HONOR di Weibo (telah diterjemahkan).

Melalui perkongsian di laman rasmi Weibo milik HONOR, rekod jualan itu berjaya dicatatkan dalam tempoh hanya 1 minit dan dikira melalui kesemua platform jualan atas talian di negara itu.

Sebagai rujukan, HONOR 30 dijual pada harga bermula daripada CNY2,999 (~RM1,847), HONOR 30 Pro ditawarkan pada harga bermula daripada CNY3,999 (~RM2,463), dan model tertinggi iaitu HONOR 30 Pro+ pula berharga daripada CNY4,999 (~RM3,079).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend