Siri HONOR 30 Akan Dilengkapi Ciri Pengfokusan Ultra-Pantas, Gerak Perlahan 1920fps Comments Off on Siri HONOR 30 Akan Dilengkapi Ciri Pengfokusan Ultra-Pantas, Gerak Perlahan 1920fps

Pelancaran siri HONOR 30 telah dijadualkan pada 15 April ini dan dijangka akan menampilkan dua model iaitu HONOR 30 dan HONOR 30 Pro serta berkemungkinan model Pro+ juga turut hadir sama.

Seperti biasa, sebelum pelancaran rasmi syarikat pengeluar akan mengacah produk mereka terlebih dahulu. Beberapa sampel video telah tersebar di laman Weibo yang memperlihatkan sampel video gerak perlahan 1920fps, pengfokusan ultra-pantas, dan rakaman video 4K pada 60fps dengan penstabilan paksi-X yang dibantu AIS.

Menurut syarikat, trajektori yang tidak mampu diramal merupakan gambar yang sukar untuk diambil. Oleh itu HONOR turut melampirkan sekeping foto anjing yang sedang meloncat dengan sebiji bola. Untuk video gerak perlahan pula, HONOR telah memuat naik video yang berasingan.

Apa-apapun lebih banyak info mengenai peranti akan kita dengarkan apabila ia dilancarkan nanti. Jika HONOR 30, 30 Pro, atau 30 Pro+ dikeluarkan, model manakah yang akan menjadi pilihan anda?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend