Siri ASUS ZenFone 5 Kini Lebih Hebat Dengan 3 Model Baharu 0 187

‘Back to 5’ merupakan slogan yang digunakan oleh ASUS dalam acara MWC 2018 ini jelas memperlihatkan usaha pengeluar dari Taiwan ini untuk mengembalikan semula kegemilangan siri ZenFone 5 yang boleh dianggap sebagai siri yang berjaya mengangkat populariti jenama ini lebih kurang tiga tahun yang lalu.

Kemunculan awal tahun 2018 ini nampaknya ASUS sekali lagi hadir dengan siri ZenFone 5 yang menampilkan sokongan spesifikasi dan juga ciri-ciri yang lebih hebat dan moden. Sebagaimana pendekatan yang diambil sebelum ini, ASUS dengan bangganya telah mengumumkan pelancaran tiga buah model baharu iaitu ZenFone 5 Lite, ZenFone 5  dan juga ZenFone 5Z.

Apa yang istimewanya tentang ketiga-tiga varian dari siri ZenFone 5 baharu ini adalah sokongan paparan skrin moden dengan nisbah 18:9 pada ZenFone 5 Lite dan nisbah paparan 18.5:9 untuk model ZenFone 5 serta ZenFone 5Z. Malah ketiga-tiga varian ini turut membawakan skrin sentuh yang sangat besar berukuran antara 6.0 hingga 6.2 inci dalam saiz kerangka yang lebih kompak. Bahkan rekaan skrin yang digunakan pada ZenFone 5 dan juga ZenFone 5Z juga kelihatan mirip seperti ciri rekaan ‘kontroversi’ yang digunakan pada iPhone X.

ASUS ZenFone 5 Lite

Spesifikasi ASUS ZenFone 5 Lite
Ukuran Tiada maklumat
Berat 168g
Platform Android 8.0 Oreo (ASUS ZenUI 5.0)
CPU Qualcomm SDM630 Snapdragon 630 / SDM430 Snapdragon 430
Octa Core 2.2GHz Cortex-A53 / Octa Core 1.4GHz Cortex-A53
14 nm LPP / 28 nm LP
GPU Adreno 508 / Adreno 505
Memori 32GB + RAM 4GB / 64GB + RAM 4GB
microSD (sehingga 400GB)
Bateri 3,300 mAh
Paparan 6.0 inci IPS LCD
FHD+ (2160 x 1080 pixels)
18:9
Kamera Utama 16 Megapiksel (f/2.2, LED flash) + Lensa sudut luas 120°
Kamera Depan 20 Megapiksel (f/2.0, LED flash) + Lensa sudut luas 120°
Sambungan 802.11 a/b/g/n/ac (SDM630) / 802.11 b/g/n
Bluetooth v4.1
microUSB
Bateri 3,300 mAh
Speaker Mono

ASUS ZenFone 5

Spesifikasi ASUS ZenFone 5
Ukuran Tiada maklumat
Berat 155g
Platform Android 8.0 Oreo (ASUS ZenUI 5.0)
CPU Qualcomm Snapdragon 636
Octa Core 1.8GHz Kryo 260
14 nm LPP
GPU Adreno 509
Memori 64GB + RAM 4GB / 64GB + RAM 6GB
microSD (sehingga 400GB)
Bateri 3,300 mAh
Paparan 6.2 inci IPS LCD
FHD+ (2246 x 1080 pixels)
18.5:9
DCI-P3 gamut
Kamera Utama 12 Megapiksel (f/1.8, LED flash) + 8 Megapiksel (f/2.2)
Teknologi kamera AI
Kamera Depan 8 Megapiksel (f/2.0)
Sambungan 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 5.0
USB Type-C
Bateri 3,300 mAh
Speaker Stereo

ASUS ZenFone 5Z

Spesifikasi ASUS ZenFone 5Z
Ukuran Tiada maklumat
Berat 155g
Platform Android 8.0 Oreo (ASUS ZenUI 5.0)
CPU Qualcomm Snapdragon 845
Octa Core (4x 2.7GHz Kryo 385 Gold + 4x 1.7GHz Kryo 385 Silver)
10 nm FinFET LPP
GPU Adreno 630
Memori 64 GB + RAM 4GB / 128GB + RAM 6GB / 256GB + RAM 8GB
microSD (sehingga 400GB)
Bateri 3,300 mAh
Paparan 6.2 inci IPS LCD
FHD+ (2246 x 1080 pixels)
18.5:9
DCI-P3 gamut
Kamera Utama 12 Megapiksel (f/1.8) + 8 Megapiksel (f/2.2, sudut luas 120°)
Teknologi kamera AI
Kamera Depan 8 Megapiksel (f/2.0)
Sambungan 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 5.0
USB Type-C
Bateri 3,300 mAh
Speaker Stereo
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend