Siaran TV Analog Akan Ditamatkan Bermula Hari Ini Di Wilayah Tengah Dan Selatan Semenanjung Malaysia Comments Off on Siaran TV Analog Akan Ditamatkan Bermula Hari Ini Di Wilayah Tengah Dan Selatan Semenanjung Malaysia

Bagi merealisasikan hasrat untuk memperluaskan siaran TV digital di negara ini, projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) telah diperkenalkan melalui perkhidmatan myFreeview yang menawarkan siaran digital untuk TV dan juga radio tempatan secara percuma tanpa sebarang yuran langganan.

Melalui pengumuman rasmi yang telah dibuat di laman rasmi MyFreeview dan juga melalui penghantaran SMS, siaran TV analog akan dihentikan berkuat kuasa bermula hari ini (30 September 2019) untuk kawasan Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia. Berikut adalah senarai kawasan yang terlibat:

Wilayah Tengah:

  • Gombak, Hulu Langa, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Lembah Klang, Petaling, Sekitar Bukit Besi, Selangor, Sepang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya

Selatan Semenanjung Malaysia:

  • Air Hitam, Alor Gajah, Bandar Penawar, Batu Pahat, Desaru, Felda Nitar, Jemaluang, Johor Bahru, Kahang, Kayu Ara, Kluang, Kota, Kota Tinggi, Kuala Pilah, Kuala Sedeli, Kulai Jaya, Ledang, Machap, Masjid Tanah, Melaka, Mersing, Muar, Nilai, Pagoh, Pekan Tampin, Pontian, Port Dickson, Rembau, Segamat, Selatan Negeri Sembilan, Seremban, Tenggaroh, Ulu Jempol

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1800-18-1088 atau layari laman sesawang MyFreeview.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend