ShopeePay Sertai Ekosistem DuitNow Dan Jadi Perintis Inovasi Penyelesaian Pembayaran DuitNow 2.0 Comments Off on ShopeePay Sertai Ekosistem DuitNow Dan Jadi Perintis Inovasi Penyelesaian Pembayaran DuitNow 2.0

Payments Network Malaysia (PayNet) dan Shopee mengumumkan kerjasama yang akan menjadikan ShopeePay sebagai eDompet pertama platform eDagang untuk menyertai ekosistem DuitNow yang dioperasikan oleh PayNet

Dengan kemasukan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow, pelanggan di Shopee tidak lama lagi akan dapat memindahkan wang dengan segera di antara eDompet ShopeePay mereka dan akaun dari 40 buah bank serta 5 eDompet lain yang menyertainya.

Dilancarkan pada Disember 2018, DuitNow pada mulanya membolehkan pelanggan bank dan eDompet untuk memindahkan wang dengan segera dan selamat pada 24/7 melalui saluran perbankan atas talian dan aplikasi eDompet. Pemindahan wang DuitNow boleh diarahkan menggunakan nombor telefon mudah alih penerima, MyKad atau nombor pendaftaran perniagaan.

Fasa kedua DuitNow (DuitNow 2.0) yang akan dikeluarkan kepada perintis pada separuh kedua tahun 2020 akan memperkenalkan penyelesaian pembayaran baru dan kutipan yang inovatif seperti permintaan untuk bayar (Request-to-Pay), debit segera (real-time debits), dan mandat dalam fail (consents on-file).

Permintaan untuk Bayar akan menyediakan kaedah yang selamat, mudah dan lebih cepat untuk membuat pembayaran di laman web eDagang dan aplikasi dagang mudah alih yang menyertai. Mandat dalam fail dan debit segera membolehkan pelanggan memberikan kebenaran kepada peniaga untuk pembayaran secara berkala ke atas akaun bank atau eDompet pelanggan. Ini adalah alternatif yang kos efektif bagi peniaga berbanding dengan kad kredit dalam fail.

“Kami sangat teruja dengan penyertaan Shopee sebagai pengguna awal DuitNow 2.0 yang akan membolehkan pelanggan Shopee untuk membeli-belah dan membayar dengan lancar. Gabungan debit segera dan mandat dalam fail akan menambah baik proses pembayaran dengan ketara, dan pelanggan dapat melakukan transaksi dengan ringkas dan mudah, “kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

Selain menjadi perintis untuk DuitNow 2.0, ShopeePay akan menerima pakai DuitNow QR, Standard QR Nasional Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna ShopeePay mengakses peruncit dan pekedai yang semakin meningkat yang menerima pembayaran DuitNow QR.

“Shopee memperkenalkan ShopeePay untuk menyediakan kemudahan dan keselamatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia apabila membuat pembayaran. Kami gembira untuk berkembang atas visi tersebut dengan menjalinkan kerjasama dengan PayNet dan menyertai ekosistem DuitNow.

Kini, pengguna ShopeePay boleh menguruskan wang dan membuat pembayaran dengan lebih lancar dan selamat di mana-mana sahaja bahkan dapat meningkatkan pengalaman pembayaran. Kami pasti gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan PayNet dan menantikan kerjasama dan ciri yang inovasi dalam masa terdekat, “kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. Kemasukan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow akan mengembangkan ekosistem tersebut untuk kepentingan pengguna, peniaga, dan peserta.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend