Shopee Tingkatkan Bekalan Topeng Muka, Pastikan Jualan Dibawah Harga Siling Comments Off on Shopee Tingkatkan Bekalan Topeng Muka, Pastikan Jualan Dibawah Harga Siling

Platfom eDagang terkenal, Shopee dalam perkembangan terbaru telah memaklumkan bahawa orang ramai kini tidak perlu khuatir dengan stok terhad topeng muka di pasaran.

Shopee kini bekerjasama rapat dengan pengeluar dan pengedar di rangkaian tempatan dan serantau bagi mendapatkan stok topeng muka secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Di Shopee, kuantiti topeng muka semakin bertambah membuatkan harganya juga menurun sekaligus dapat ditawarkan kepada pengguna akhir pada harga yang lebih baik.

Walaupun Shopee tidak boleh menentukan harga jualan kepada para pedagang, amaran telah diberikan supaya mereka bersikap prihatin bagi memastikan topeng muka mampu dimiliki oleh rakyat.

Berikutan itu, Shopee kini mempunyai penjual di platfom yang menawarkan sekotak topeng muka pembedahan tiga lapis (berisi 50 keping) dengan harga antara RM60 dan RM85, dibawah harga siling runcit yang dikawal selia iaitu RM100.

Shopee turut menggalakkan pengguna untuk terus bertimbang rasa dan tidak membeli lebih daripada apa yang mereka perlukan, bagi memastikan setiap orang mempunyai akses kepada produk yang paling diperlukan pada ketika ini.

Shopee menasihatkan pengguna yang terlihat topeng muka yang dijual mahal melebihi harga siling supaya segera memaklumkan kepada pihaknya melalui fungsi “Report this product” di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk, e-mel kepada [email protected] atau hubungi 03-2777 9222 (Isnin hingga Ahad – dari 9 pagi hingga 6 petang, termasuk Cuti Umum).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend