Shopee Serap SST Sehingga Diberitahu Kelak – Dakwa Penjualan Lebih Meningkat Comments Off on Shopee Serap SST Sehingga Diberitahu Kelak – Dakwa Penjualan Lebih Meningkat

Selepas lebih seminggu pelaksanaan SST di negara ini, nampaknya makin banyak syarikat yang kekalkan harga penjualan produk mereka termasuklah yang terbaru Shopee. Jenama e-dagang terkenal ini mengumumkan pengguna Shopee tidak menghiraukan cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan kerana pengguna masih rancak membeli di laman e-dagang mereka.

Platfom yang mempunyai 400,000 penjual daripada 500 jenama besar ini menyatakan sebanyak 19 juta produk yang ditawarkan tidak mengalami kenaikan harga malah 12 juta pengguna makin bertambah sehari ke sehari semenjak lima hari yang lalu. Antara barangan yang menjadi pilihan pengguna ialah fesyen, elektronik, kesihatan, kecantikan, dan barangan dapur.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee

Salah satu faktor yang Shopee kekalkan harga ialah stok yang dimiliki sudah diperoleh lebih awal semasa tiada sebarang cukai dalam tempoh tiga bulan yang lalu. Pengeluar atau pengilang tidak terkesan dengan cukai yang dikenakan buat masa ini. Selain itu, Shopee sendiri ingin memberi ketengan minda kepada pengguna lebih-lebih lagi kempen 9.9 yang bakal diadakan pada Ahad ini.

Bagaimanapun, Shopee tidak menjanjikan penyerapan cukai ini sehingga satu masa akan diberitahu kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend