Shopee Lancar ‘Raya Bersama Shopee’ – Pelbagai Tawaran Menarik Menanti Pengguna Comments Off on Shopee Lancar ‘Raya Bersama Shopee’ – Pelbagai Tawaran Menarik Menanti Pengguna

Walaupun negara sedang menghadapi waktu yang sukar pada ketika ini, ia tidak menghalang orang ramai khususnya umat Islam untuk membuat persiapan dalam menjalani ibadah puasa yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Sudah semestinya persiapan kali ini agak berlainan berbanding kebiasaan yang mana bekalan keperluan perlu didapati secara atas talian bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan.

Dengan kesempatan itu, Shopee hari ini telah melancarkan kempen ‘Raya Bersama Shopee’ yang mana pengguna dihidangkan dengan pelbagai tawaran menarik antaranya seperti keperluan harian dari serendah RM10, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran, dan diskaun hebat sehingga 80%.

Berlangsung sekarang hingga 26 Mei 2020, pengguna boleh mendapatkan MILO, kurma, ayam, ikan, daging, beras, dan minyak masak, serta peralatan rumah pengisar dan pakaian seperti telekung pada harga serendah RM10. Mereka juga boleh menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19.

Kempen ini juga akan menampilkan empat hari yang sungguh istimewa – Jualan Hebat Raya pada 23 dan 24 April dan Pesta Jualan Raya pada 14 dan 15 Mei dengan diskaun hingga 80%, tawaran RM1 untuk produk-produk kegemaran dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM10 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Shopee juga turut memperkenalkan ‘Salam by Shopee’ iaitu ciri yang memudahkan pengguna membeli-belah produk halal, mencari peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk, fesyen Muslim, dan banyak lagi. Selain itu, ‘Salam by Shopee’ juga menawarkan tawaran, diskaun, dan baucar serta:

  • Koleksi Terkini: Koleksi produk terbaharu daripada pelbagai kategori berdasarkan tema mingguan untuk membantu pembeli dalam persiapan Raya mereka.
  • Resipi Raya: Resipi hidangan lazat untuk memberi inspirasi dan memudahkan pengguna mencari ramuan masakan.
  • Pilihan Halal: Bahagian ini menampilkan produk-produk daripada jenama yang disahkan Halal untuk kemudahan pengguna yang mencari produk Halal.
  • Azan: Peringatan masuknya waktu solat kini boleh dibuat dalam aplikasi untuk manfaat para pengguna Muslim.
  • Derma: Pengguna yang ingin menyumbang balik kepada masyarakat pada bulan Ramadan ini boleh memberi sumbangan mereka kepada organisasi-organisasi amal di satu tempat. Dari organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia, MAKNA  dan NKF, salah satu usaha tersebut ialah Tabung Shopee MMA COVID-19 di mana pengguna juga boleh salurkan sumbangan. Sehingga sekarang, Shopee telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM450,00 untuk Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia bagi membantu petugas barisan hadapan yang merupakan salah satu kumpulan berisiko tinggi, yang bekerja lebih masa dan mengorbankan nyawa mereka demi memastikan semua orang selamat.

Untuk memeriahkan lagi kempen yang dijalankan, Shopee akan membawakan hiburan dan kegembiraan Hari Raya kepada para pengguna yang boleh dinikmati di rumah:

  • Shopee Live: Tonton kandungan menarik yang direka khas untuk pengguna seperti program makanan, sesi senaman oleh pakar kecergasan, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penonton Muslim termasuk kelas membaca Al-Quran. Shopee Live juga akan menayangkan rancangan hiburan MeleTOP yang menampilkan lagu, filem, parodi dan gosip terkini. Rancangan ini akan disiarkan pada 21 dan 28 April, serta 5 dan 12 Mei, pada jam 9 malam.
  • Shopee Games: Hafal pergerakan tarian di Joget Shopee; tangkap kuih-muih di Shopee Tangkap dan berseronok dengan permainan kegemaran ramai Goyang Shopee, Shopee Throw, Lucky Raya dan One or Not bersama seisi keluarga untuk memenangi syiling Shopee, baucar dan juga televisyen 43 inci.
  • Duit Raya: Meskipun keadaan kini menyukarkan kita untuk memberikan Duit Raya kepada ahli keluarga tersayang, Shopee telah mencipta cara yang seronok, selamat dan mudah untuk pengguna memberikan e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend