Shopee Lancar Kempen ‘Shopee24 Express Delivery’ Dan ‘Shopee 7.7 Orange Madness’ Comments Off on Shopee Lancar Kempen ‘Shopee24 Express Delivery’ Dan ‘Shopee 7.7 Orange Madness’ 293

Hari ini Shopee selaku platform e-dagang terkemuka di Malaysia telah melancarkan perkhidmatan ‘Shopee24 Express Delivery (Shopee24)’ yang menjanjikan penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee yang membuat pesanan sebelum jam 2 petang (kecuali Ahad dan cuti umum).

Sekiranya penghantaran tidak diterima pada hari berikutnya, penghantaran berikutnya akan diberikan secara percuma. Dengan penawaran lebih daripada 10,000 barangan berjenama, perkhidmatan ini boleh dikenal pasti menerusi tag ‘Shopee24’. Buat masa ini, Shopee24 hanya tersedia untuk pengguna di Lembah Klang sahaja.

Serentak dengan pelancaran Shopee24, Shopee turut memperkenalkan kempen ‘Shopee 7.7 Orange Madness’. Pengguna Shopee boleh menikmati diskaun hebat dan merebut tawaran promosi khas bermula 24 Jun hingga 7 Julai 2019.

Sepanjang promosi ini, pengguna Shopee boleh menyertai pelbagai aktiviti hebat seperti berikut:

  • Jualan Kilat Shocking Sale RM0.77 – berlansung setiap hari, sehingga tujuh kali sehari dengan tawaran harga serendah RM0.77.
  • Hadiah Terjamin ‘One or Not?’ – pengguna boleh membeli dari senarai yang mengandungi lebih daripada 40 barangan termasuklah Xiaomi Mi 9T, Samsung Galaxy S10 dan sebagainya pada harga RM1 sahaja. Jika tidak terpilih, Shopee akan membayar semula RM1 ke dalam kad kredit atau Shopee wallet mereka.
  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM27.
  • Jumlah baucar bernilai RM7 juta untuk direbut dan diskaun hingga 90% untuk semua kategori.
  • Shopee Quiz pada jam 12pm setiap hari kerja yang memberi peluang kepada oengguna untuk memenangi sehingga dua juta Shopee Coins apabila mereka menjawab lapan soalan dengan betul.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend