Shopee Lancar Kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ Dan Christiano Ronaldo Sebagai Duta Jenama Terbaru Comments Off on Shopee Lancar Kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ Dan Christiano Ronaldo Sebagai Duta Jenama Terbaru 147

Diiktiraf secara rasmi sebagai platform e-dagang nombor satu di Malaysia, Shopee hari ini telah menyahut seruan untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia dengan mengukuhkan penggunaan e-dagang, sekaligus mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha untuk mengurangkan kos barangan pengguna.

Bermula 19 Ogos hingga 9 September 2019, Shopee akan menganjurkan kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ yang menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun hebat sehingga 90% untuk produk dari jenama terkenal seperti Universal Traveller, HP, Realme, Mr DIY, Nestle, Nutox, dan sebagainya. Untuk menggalakkan penggunaan e-dagang, Shopee turut mengumumkan penghantaran percuma untuk pembelian dengan nilai serendah hanya RM9.

Lebih menariknya, pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh promosi juga pengguna Shopee akan turut berpeluang untuk mendapatkan sehingga 99 juta Shopee Coins dalam aktiviti ‘Super Goyang Shopee Day’. Tidak cukup dengan itu, ‘Shopee RM1 One Or Not’ akan turut menawarkan 1x Honda City 1.5L E dan 21x Yamaha 135LC pada harga hanya RM1 sahaja.

Sepanjang promosi berlangsung, pelbagai aktiviti hebat akan turut diadakan seperti berikut:

  • Jualan Kilat ‘Shocking Sale’ – diadakan 9 kali sehari dengan harga serendah RM1.
  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – bayar RM9.90 untuk menikmati kombinasi baucar daripada pelbagai produk terkenal seperti Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Secret dan banyak lagi.
  • ‘One or Not’ – 21 motosikal Yamaha 135LC, sebuah Honda City 1.5L E dan banyak lagi hanya pada harga RM1.
  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120.
  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings.
  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.
  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
  • Burger King – Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.
  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.
  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.
  • BH Petrol dan Mydin – pemberian 100 tiket bernilai RM35,000 untuk menyaksikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shopee.

Di dalam majlis pelancaran ini juga, Shopee turut mengumumkan duta terbarunya iaitu pemain bola sepak terkenal, Christiano Ronaldo. Melalui pelantikannya sebagai duta jenama Shopee, Christiano Ronaldo akan menyertai pelbagai inisiatif Shopee, termasuklah membintangi iklan TV ‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’ yang akan ditayangkan pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.

Malah beliau akan turut bersiaran langsung di Shopee buat pertama kalinya di Asia Tenggara dan Taiwan, menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘9.9 Super Shopping Day’ di https://shopee.com.my/m/99 dan https://shopee.com.my/shopeexronaldo untuk butiran lanjut berhubung duta jenama terbaru Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend