Shopee 11.11 Big Sale Menjanjikan Jualan Hebat Tanpa Dikenakan SST Dengan Ganjaran Shopee Shake – 25 Oktober Hingga 11 November 0 283

Hari ini bertempat di pusat membeli-belah Lot 10, Shopee telah melancarkan Shopee 11.11 Big Sale khusus untuk pengguna platform e-dagangnya. Jualan besar-besaran yang sangat hebat ini akan berlangsung bermula esok (25 Oktober) hingga 11 November 2018, dan ia diadakan berikutan sambutan luar biasa kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day pada bulan lepas.

Dengan menawarkan lebih 100 jenama dengan penyertaan 15,000 penjual, pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat (Shocking Sale) yang diadakan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Malah jenama terpilih seperti Watsons, Mr. DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi jenama akan turut menyediakan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11.

Lebih istimewanya, Shopee telah berkolaborasi dengan 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST untuk lebih 1,000 produk yang dijual pada Shopee 11.11 Big Sale nanti.

Tidak cukup dengan itu, pengguna akan turut berpeluang memenangi hadiah dan Shopee Coins bernilai RM1.1 juta menerusi permainan Shopee Shake yang akan diadakan sebanyak tiga kali pada setiap hari (11 pagi, 1 tengah hari dan 11 malam). Manakala sebanyak 11 kali Shopee Shake akan diadakan pada 26 Oktober, 2 November dan 11 November, bermula dari jam 12 tengah malam hingga 11 malam.

Pengguna juga boleh mengikuti laman Facebook Shopee pada 25 Oktober hingga 11 November untuk menyertai peraduan harian yang menawarkan hadiah hebat daripada Lego, Nintendo, Dyson, Apple dan pelbagai produk lagi yang bernilai lebih RM50,000.

Muat turun aplikasi Shopee:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend