Sharp Aquos Zero – Peranti Dengan Paparan OLED Pertama Sharp Diperkenalkan Di Jepun Comments Off on Sharp Aquos Zero – Peranti Dengan Paparan OLED Pertama Sharp Diperkenalkan Di Jepun

Peranti terbaru Sharp telah diperkenalkan di Jepun hari ini. Peranti yang dinamakan Sharp Aquos Zero ini menampilkan paparan skrin yang pertama keluaran Sharp menggunakan teknologi OLED.

Sharp Aquos Zero hadir dengan paparan 6.2-inci 2992 x 1440 piksel beresolusi 2K yang menyokong DCI-P3 dan Dolby Vision. Seperti yang boleh dilihat, ia mengenakan takuk besar dan ruang dagu yang sedikit tebal tanpa pengimbas cap jari di depan.

Bagaimanapun ia mungkin untuk memberi laluan kepada kerangka badan yang diperbuat daripada magnesium dan panel belakang berasaskan fiber aramid ber-gred tentera. Peranti ini turut diiktiraf IP68 untuk sokongan kalis air dan debu. Dioperasikan Android 9.0 Pie, peranti ini telah dibekalkan bateri berkapasiti 3,130mAh dan didukung oleh cipset Qualcomm Snapdragon 845. Memori yang dimuatkan bersama ialah 6GB RAM dan 128GB storan jenis UFS.

Peranti ini dilengkapi kamera tunggal 22.6MP dan aperture f/1.9, sementara kamera depan pula menggunakan sensor 8MP. Sistem audio menawarkan speaker stereo berteknologi Dolby Atmos.

Dikhabarkan, Sharp Aquos Zero akan mula dijual di Jepun pada penghujung tahun ini, namun tiada pengenalan harga dibuat setakat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend