Sharp Aquos R5G Diumumkan Dengan Snapdragon 865, Skrin QHD+, Rakaman Video 8K Comments Off on Sharp Aquos R5G Diumumkan Dengan Snapdragon 865, Skrin QHD+, Rakaman Video 8K

Sharp secara rasmi telah memperkenalkan telefon kelas mercu terbaru untuk pasaran Jepun menerusi Sharp Aquos R5G. Ia merupakan telefon 5G pertama syarikat berkenaan dengan spesifikasi tinggi.

Aquos R5G hadir dengan paparan 120Hz bersaiz 6.5-inci IPS beresolusi QHD+ selain digandingkan bersama pembesar suara stereo. Bahagian luaran pula tidaklah seperti yang anda jangkakan kerana peranti ini menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian dagu sekaligus menjadikannya kelihatan seperti peranti lapuk.

Beralih ke bahagian belakang, Aquos R5G didatangkan dengan tetapan kuadkamera menggunakan sensor utama 12MP OIS, telefoto 12MP OIS, ultralebar 48MP, dan sensor ToF yang juga membawakan sokongan rakaman video 8K.

Cip yang menguasakan peranti pula datang daripada Snapdragon 865, diikuti memori 12GB RAM LPDDR5 disamping storan sebesar 256GB. Sokongan kad microSD pula memberi pengguna pilihan untuk meluaskan saiz simpanan.

Aquos R5G dibungkus bersama bateri berkapasiti 3730mAh hadir dengan perlindungan kalis air IP68. Tiada tanda harga pada ketika ini serta maklumat mengenai penjualan peranti untuk pasaran negara lain.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend