Sharp Aquos R2 Compact Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Dua Takuk Comments Off on Sharp Aquos R2 Compact Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Dua Takuk 600

Tahun lepas Sharp pernah memperkenalkan model Sharp Aquos R Compact yang menampilkan kerangka kompak dengan rekaan takuk mirip seperti Essential Phone. Rekaan takuk itu kemudiannya telah diteruskan pula pada model Sharp Aquos R2 yang diperkenalkan pada Mei 2018 yang lalu.

Bagi mengekalkan rekaan yang kompak dengan saiz bezel yang lebih nipis, Sharp Aquos R2 Compact kini telah dilancarkan secara rasmi dengan rekaan dua takuk yang pada bahagian atas dan bawah skrinnya. Rekaan yang agak pelik ini wujud selepas Sharp ingin mengekalkan identiti rekaan siri tersebut, tetapi dalam masa yang sama mahukan saiz bezel yang lebih nipis.

Takuk pertama pada bahagian atas skrin berukuran 5.2 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) ini telah menempatkan kamera swafoto 8MP (f/2.2). Manakala takuk kedua pada bahagian bawah skrinnya pula hadir bagi menempatkan sensor pengimbas cap jari. Sharp Aquos R2 Compact turut dijana dengan Qualcomm Snapdragon 845, dioperasikan oleh Android Pie, dan juga tersedia dengan RAM berkapasiti 4GB.

Spesifikasi Sharp Aquos R2 Compact:

  • Android 9.0 Pie
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4GB + 64GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 5.2 inci IGZO 120Hz (HDR10, Dolby Vision, YouTube HDR)
  • FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • 131 x 64 x 9.3mm / 135g
  • Kamera utama: 22.6MP OIS (f/1.9)
  • Kamera hadapan: 8MP (f/2.2)
  • 2500 mAh (USB-C)
  • IP68

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend