Setiap Pembelian Samsung Galaxy A6/A6+ Akan Turut Menerima Kad MicroSD 32GB Secara Percuma – 6 Hingga 5 Ogos 2018 Comments Off on Setiap Pembelian Samsung Galaxy A6/A6+ Akan Turut Menerima Kad MicroSD 32GB Secara Percuma – 6 Hingga 5 Ogos 2018

Semalam Samsung baru sahaja mengumumkan pelancaran Samsung Online Store yang membolehkan pengguna membuat pembelian telefon pintar terus dari laman rasmi Samsung. Lebih menariknya 100 pembeli terawal yang membuat pembelian melalui saluran rasmi Samsung itu akan turut menerima powerbank 5100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas secara percuma.

Hari ini Samsung Malaysia nampaknya telah bermurah hati untuk memberikan kad microSD dengan kapasiti 32GB dengan setiap pembelian model Samsung Galaxy A6 ataupun Galaxy A6+. Ini bermakna pengguna boleh menggandakan ruang storan dalaman sedia ada sebanyak 32GB menjadi 64GB. Promosi menarik ini akan diadakan bermula dari hari ini (6 Julai 2018) hingga 5 Ogos 2018 nanti.

Selain daripada pemberian kad microSD percuma, Samsung turut mengadakan tawaran sebanyak RM100 untuk pengguna bertukar telefon pintar Samsung lama milik mereka ke model Samsung Galaxy A6+.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend