Seorang Pemilik Samsung Galaxy Note10 Menerima Kemas Kini Android 10 Versi Stabil Tanpa Sengaja Comments Off on Seorang Pemilik Samsung Galaxy Note10 Menerima Kemas Kini Android 10 Versi Stabil Tanpa Sengaja 170

Buat masa ini Samsung dilaporkan sudahpun mula menawarkan ketersediaan kemas kini One UI 2.0 berasaskan Android 10 untuk pemilik siri Galaxy S10 di negara terpilih. Manakala untuk model Galaxy Note10 pula ia masih lagi diuji dalam peringkat beta.

Namun begitu, ada seorang pengguna reddit dari Kanada telah melaporkan bahawa Samsung Galaxy Note10 miliknya sudahpun menerima kemas kini rasmi untuk Android 10. Penerimaan kemas kini itu dikatakan diterima tanpa disengajakan, ini berikutan peranti miliknya itu tidak pernah didaftarkan untuk menguji kemas kini One UI 2.0 versi beta. Malah Kanada juga tidak tersenarai sebagai salah satu negara yang membuka program One UI 2.0 beta.

Penerimaan kemas kini rasmi Android 10 untuk Galaxy Note10 bukanlah bermaksud Samsung akan mengumumkan ketersediaan kemas kini itu dalam masa terdekat. Ini kerana Samsung sebelum ini pernah melepaskan versi kemas kini baharu tanpa sengaja kepada penggunanya.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend