Senarai Telefon Pintar ASUS ZenFone Yang Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Comments Off on Senarai Telefon Pintar ASUS ZenFone Yang Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie 354

Rekaan yang cantik ataupun sokongan spesifikasi yang berkuasa tidak cukup memadai sekiranya ia tidak menerima kemas kini, ini kerana versi Android yang terkini menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Menyedari akan kepentingan tersebut, ASUS baru-baru ini telah mengumumkan senarai kemas kini Android Pie untuk 11 model keluarannya.

Jadi sekiranya anda memiliki atau bercadang untuk memiliki telefon pintar keluaran ASUS, berikut adalah senarai model ASUS ZenFone yang akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Sungguhpun begitu, ASUS tidak pula mendedahkan tarikh spesifik ketersediaan kemas kini tersebut.

11 model ASUS yang akan menerima kemas kini Android Pie:

  • ZenFone 4 Max (ZB520KL / ZC520KL / ZC554KL)
  • ZenFone 4 Selfie (ZD553KL)
  • ZenFone Live (ZB553KL)
  • ZenFone 5Q (ZC600KL)
  • ZenFone Live (L1) (ZA550KZ / ZA551KL)
  • ZenFone Max Plus M1 (ZB570TL)
  • ZenFone Max Pro (ZB601KL / ZB602KL)
  • ZenFone Max M1 (ZB555KL / ZB556KL)
  • ZenFone Max Pro M2 (ZB631KL / ZB630KL)
  • ZenFone Max M2 (ZB633KL / ZB632KL)
  • ASUS ROG Phone (ZS600KL)

Untuk pengetahuan anda, peranti ASUS ZenFone 5 dan juga ZenFone 5Z di negara ini telahpun menerima kemas kini Android 9.0 Pie bermula Disember 2018 yang lalu.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend