Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Android 10 – Tujuh Telefon Bermula Januari 2020 Comments Off on Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Android 10 – Tujuh Telefon Bermula Januari 2020

Berbaki lebih kurang sebulan kita akan melangkah masuk ke tahun 2020. Pengeluar telefon pintar sudah mula mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima Android 10, termasuklah pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, Samsung.

Syarikat ini dilaporkan akan melepaskan kemas kini sistem operasi terbaru bermula tahun hadapan. Perkara ini telah disahkan oleh segelintir pengguna di Israel yang telah menerima notis melalui telefon pintar. Menurut mereka, peranti mercu seperti siri Galaxy S10 dan siri Galaxy Note 10 antara model terawal yang akan diberikan sistem antaramuka One UI 2.

Bukan sahaja telefon pintar, kemas kini turut diberikan pada model-model tablet terpilih. Lihat senarai penuh di bawah:

Januari 2020

  • Galaxy A30
  • Galaxy Note 10
  • Galaxy Note 10+
  • Galaxy Note 9
  • Galaxy S10
  • Galaxy S10+
  • Galaxy S10e
Mac 2020
  • Galaxy A80
April 2020
  • Galaxy A50
  • Galaxy A70
  • Galaxy A7 2018
  • Galaxy A9 2018
  • Galaxy S9
  • Galaxy S9+
  • Galaxy Tab S6
Mei 2020
  • Galaxy A10
  • Galaxy A10s
  • Galaxy A20
  • Galaxy A30s
Jun 2020
  • Galaxy A20s
  • Galaxy J6
  • Galaxy J6+
Julai 2020
  • Galaxy J8
  • Galaxy Tab S4 10.5
  • Galaxy Tab S5e
Ogos 2020
  • Galaxy Tab A 10.1 (2019)
  • Galaxy Tab A8 (2019)
September 2020
  • Galaxy Tab A 10.5

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend