Senarai Model Telefon Pintar Dan Tablet Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android 10 Comments Off on Senarai Model Telefon Pintar Dan Tablet Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android 10

Google sebelum ini telahpun melancarkan Android 10 secara rasmi pada hujung bulan Ogos yang lalu, dan kemas kini itu sudahpun mula dilepaskan untuk siri Google Pixel pada 3 September 2019. Nampaknya Samsung juga tidak mahu ketinggalan apabila baru-baru ini satu senarai model keluarannya yang akan menerima kemas kini Android 10 itu sudah mula didedahkan.

Berikut adalah senarai model telefon pintar dan juga tablet keluaran Samsung yang telah dijanjikan akan menerima kemas kini Android 10 secara rasmi. Malah jika diperhatikan daripada senarai yang dikongsikan itu, hampir kebanyakan model Samsung yang diperkenalkan pada tahun 2019 telah disahkan akan menerima kemas kini tersebut.

Namun begitu, sedikit mengecewakan apabila telefon pintar mercu Samsung keluaran tahun 2017 iaitu Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+ tidak pula tersenarai. Ini mungkin disebabkan peranti mercu ini sudahpun menerima dua kemas kini utama sejak ia diperkenalkan dengan sokongan Android 7.0 Nougat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend