Senarai Jenama Yang Tidak Naikkan Harga Peranti Setakat Ini – SST Comments Off on Senarai Jenama Yang Tidak Naikkan Harga Peranti Setakat Ini – SST

Semenjak SST dilaksanakan tempoh hari, banyak barangan telah dinaikkan harga termasuklah telefon pintar. Jika dahulu GST mengambil 6% daripada tanda harga asal, kini SST juga melalukan perkara yang sama tetapi tidaklah setinggi GST. Namun, tidak semua jenama telefon pintar menaikkan harga produk mereka, di bawah adalah senarai jenama pengeluar yang masih kekalkan harga asal:

  • vivo (rasmi)
  • OPPO (rasmi)
  • Apple
  • ASUS
  • Honor
  • Samsung (rasmi) *dikemaskini pada 6 September 2018

Melalui tinjauan kami, tiada perubahan harga yang dibuat untuk peranti daripada senarai jenama di atas. Selain vivo dan OPPO, jenama lain masih tidak keluarkan kenyataan rasmi. Bagaimanapun, Huawei mengambil langkah kiri dengan mengemas kini harga peranti mereka:

  • Huawei P20 Pro – RM2949 (asal RM2899)
  • Huawei P20 – RM2329 (asal RM2299)
  • Huawei nova 3 – RM1919 (asal RM1899)
  • Huawei nova 3i – RM1299 (RM1249)
  • Huawei nova 2 Lite – RM689 (asal RM659)
  • Huawei MediaPad M5 Pro – RM1929 (asal RM1899)
  • Huawei MediaPad M5 – RM1539 (asal RM1499)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend