Senarai Harga Alat Ganti Untuk HUAWEI MateBook Kini Tersedia Dalam Aplikasi ‘Support’ Comments Off on Senarai Harga Alat Ganti Untuk HUAWEI MateBook Kini Tersedia Dalam Aplikasi ‘Support’

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pemilik peranti HUAWEI boleh mengetahui harga alat ganti untuk kesemua model telefon pintar dan juga tablet melalui aplikasi HUAWEI HiCare. Tetapi dengan kemas kini EMUI 10, aplikasi ‘HiCare’ kini lebih dikenali dengan nama yang lebih ringkas dan mudah difahami iaitu ‘Support’.

Hadir dalam versi 10.0.12.300, kini pengguna juga boleh memeriksa senarai harga alat ganti untuk kesemua model komputer riba keluaran HUAWEI. Berikut adalah senarai harga alat ganti HUAWEI MateBook sebagai rujukan anda:

  • HUAWEI MateBook D 15 AMD Ryzen 5 3500U 8GB + 256GB (Boh-WAQ9R)
    • Bateri – RM150
    • Komponen papan kekunci – RM167
    • SSD (Solid State Drive) – RM275
    • Skrin – RM314
    • Papan induk (MainBoard) – RM1,233
  • HUAWEI MateBook D i5 8GB + 256GB (VLT-W50)
    • Bateri – RM190
    • Komponen papan kekunci – RM222
    • SSD (Solid State Drive) – RM578
    • Skrin – RM283
    • Papan induk (MainBoard) – RM1,694
  • HUAWEI MateBook 13 i5 8GB + 256GB (WRT-W19)
    • Bateri – RM157
    • Komponen papan kekunci – RM223
    • SSD (Solid State Drive) – RM223
    • Skrin – RM621
    • Papan induk (MainBoard) – RM2,331
  • HUAWEI MateBook 13 i5 8GB + 512GB (WRT-W19L)
    • Bateri – RM157
    • Komponen papan kekunci – RM223
    • SSD (Solid State Drive) – RM513
    • Skrin – RM621
    • Papan induk (MainBoard) – RM2,331
  • HUAWEI MateBook 13 i7 8GB + 512GB (WRT-W19L)
    • Bateri – RM157
    • Komponen papan kekunci – RM223
    • SSD (Solid State Drive) – RM513
    • Skrin – RM621
    • Papan induk (MainBoard) – RM2,805
  • HUAWEI MateBook 13 i7 8GB + 512GB (WRT-W29)
    • Bateri – RM157
    • Komponen papan kekunci – RM223
    • SSD (Solid State Drive) – RM513
    • Skrin – RM621
    • Papan induk (MainBoard) – RM2,805
  • HUAWEI MateBook X Pro i5 8GB + 256GB (MACH-W19)
    • Bateri – RM190
    • Komponen papan kekunci – RM481
    • Komponen kamera – RM73
    • SSD (Solid State Drive) – RM284
    • Skrin – RM1,489
    • Papan induk (MainBoard) – RM2,051
  • HUAWEI MateBook X Pro i7 16GB + 512GB (MACH-W29)
    • Bateri – RM190
    • Komponen papan kekunci – RM481
    • Komponen kamera – RM73
    • SSD (Solid State Drive) – RM356
    • Skrin – RM1,489
    • Papan induk (MainBoard) – RM3,080

Bagi peranti yang tidak lagi memiliki jaminan waranti yang sah, kos upah pasang RM60 akan dicaj. Semua harga alat ganti yang dipaparkan akan berubah bergantung kepada kadar tukaran bank.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend