Senarai AnTuTu Meletakkan iPad Pro 2018 Sebagai Peranti iOS Paling Berkuasa Setakat Ini 0 209

Pada setiap bulan AnTuTu akan mengeluarkan senarai kedudukan peranti yang paling berkuasa dan kebiasaannya senarai yang didedahkan adalah peranti Android. Hari ini perkongsian AnTuTu pula adalah senarai 10 peranti paling berkuasa daripada iOS setakat Januari 2019.

Tidak seperti senarai Android, senarai iOS kali ini telah disertakan sekali bersama peranti tablet. iPad Pro 2018 nampaknya mengungguli kelompok atas menindih peranti lain seperti iPhone XS, XS Max, dan XR yang mana kita sedia maklum merupakan telefon pintar paling berkuasa setakat ini.

iPad Pro telah hadir ke pasaran dengan dua versi, satu dengan saiz 11-inci dan satu lagi bersaiz 12.9-inci. Kuasa daripada cipset A12X Bionic menjadikan ia lebih berkuasa daripada A12 Bionic pada iPhone 2018. Ini telah dibuktikan pada skor iPad Pro 2018 dengan 562,279 mata meninggalkan jauh iPhone XS hampir 60%. Sistem grafik iPad Pro juga lebih bertenaga kerana dibekalkan dengan tujug teras berbanding empat pada iPhone.

Sementara di kelompok terakhir, kita boleh melihat cip pemproses A11 Bionic masih lagi berada di dalam senarai menerusi iPhone X, iPhone 8 Plus, dan iPhone 8.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend