Semua Tema Berbayar Dalam Aplikasi ‘Huawei Themes’ Menerima Diskaun 50% Untuk Tempoh Terhad Comments Off on Semua Tema Berbayar Dalam Aplikasi ‘Huawei Themes’ Menerima Diskaun 50% Untuk Tempoh Terhad

Bagi meraikan penutup tahun 2018 ini, kesemua pemilik peranti Huawei (termasuk Honor) boleh memuat turun pelbagai tema berbayar pada harga diskaun separuh harga melalui aplikasi ‘Huawei Themes’.

Promosi ‘Jualan Akhir Tahun’ ini akan dibuat untuk tempoh tujuh hari dan anda bukan sahaja boleh membeli tema berbayar pada harga yang lebih murah, tetapi Huawei turut meraikan sambutan hari Krismas dengan menawarkan sebanyak sembilan tema eksklusif Krismas secara percuma.

Pemilik peranti Huawei juga boleh memuat turun pelbagai tema yang ditawarkan secara percuma, dan ada di antara tema berbayar yang hadir dengan antaramuka lockscreen¬†unik seperti ‘Special Stars’¬†sudahpun boleh dimuat turun secara percuma. Memandangkan promosi ini tersedia untuk tempoh terhad, apa kata anda cepat-cepat mengambil peluang yang ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend