Semua iPhone Yang Menjalankan iOS 13 Akan Menikmati iOS 14 Tahun Ini Comments Off on Semua iPhone Yang Menjalankan iOS 13 Akan Menikmati iOS 14 Tahun Ini

Sistem operasi iOS 14 akan diumumkan semasa acara WWDC pada bulan Jun nanti. Sudah pasti ciri-ciri terbaru akan diperkenalkan tetapi adakah iPhone lama bakal menyokongnya?

Menurut khabar angin terbaru, iOS 14 akan diberikan pada iPhone yang menjalankan iOS 13, ini termasuklah model-model yang sudah berusia lima tahun seperti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Pada masa sama, sistem operasi akan turut diberikan pada iPhone SE dan iPod touch generasi ke-7 serta sejumlah tablet menerusi iPadOS yang terbaru.

Berikut adalah model yang bakal menerima iOS 14 dan iPadOS versi akan datang:

  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11
  • iPhone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone SE
  • iPod touch (gen ke-7)
  • iPad Pro 12.9
  • iPad Pro 11
  • iPad Pro 10.5 (2017)
  • iPad 9.7 (2018)
  • iPad 9.7 (2017)
  • iPad 9.7 (2016)
  • iPad 10.2
  • iPad mini (2019)
  • iPad Air (2019)

Namun begitu masih awal lagi untuk mengesahkan perkara ini. Kita juga sedia tahu yang Apple akan menghentikan sokongan kemas kini untuk satu model/siri iPhone pada setiap kali iOS baharu diperkenalkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend