
Kita sedia maklum kerajaan juga telah mewartakan premis makanan adalah kawasan larangan merokok melainkan anda berada tiga meter dari premis berkenaan. Denda sebanyak RM10000 atau penjara dua tahun akan dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah. Arahan ini juga telah berkuatkuasa di seluruh negara bermula 1 Januari 2019.
Selain merokok, menghisap vape, shisha atau Nano Stick turut dilarang di premis makanan mengikut peraturan baharu yang telah dikuatkuasakan 1 Jan lalu.
Harap maklum. pic.twitter.com/3XpcnA9sfm
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 3, 2019
Mungkin ada diantara anda keliru dengan arahan ini dan untuk pengetahuan semua menghisap vape, shisha, atau nano stick adalah dilarang sama sekali di premis makanan sama juga seperti menghisap rokok. Ini berikutan KKM baru sahaja mengeluarkan notis peringatan di laman Twitter mereka hari ini.