Sekatan Terhadap Huawei Mungkin Akan Memberi Kesan Terhadap Rangkaian 5G Di Negara Terbabit Comments Off on Sekatan Terhadap Huawei Mungkin Akan Memberi Kesan Terhadap Rangkaian 5G Di Negara Terbabit

Melalui temu bual dengan Ren Zhengfei selaku pengasas dan juga Presiden Huawei Technologies Co. Ltd, pengharaman oleh Amerika Syarikat dan sebahagian daripada pasaran di Eropah tidak menghalang Huawei untuk menjual produk keluarannya ke negara yang berminat dengan jenamanya.

Tambah beliau, Huawei juga hanya akan terus memberi komitmen yang terbaik kepada negara-negara yang bersedia melakukan perniagaan dengan jenama itu. Ren Zhengfei turut menegaskan bahawa Huawei tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil oleh negara terbabit dan akan terus menjual produknya kepada mereka tetapi tumpuan akan terus diberikan kepada negara yang mahu berurus niaga dengannya.

Memandangkan Huawei memiliki kelengkapan 5G dan gelombang mikro terbaik, negara-negara yang tidak mahu meneruskan urus niaga dengan Huawei mungkin akan menerima kelengkapan rangkaian 5G yang tidak mengikut piawaian sebenar, atau mungkin juga harga yang jauh lebih mahal. Melalui rangkaian 5G dan gelombang mikro yang dimiliki oleh Huawei, penggunaan fiber tidak lagi diperlukan pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend