Lepas Tapau Skor Kamera. Macam Mana Skor Paparan Galaxy S9? 0 148

Jika skor DxoMark menjadi rujukan pengguna untuk mengetahui kehebatan barisan kamera di pasaran, DisplayMate pula adalah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai jenis ujian terhadap paparan yang ada pada monitor, tv, smartphone dan lain-lain. Kita kecilkan skop artikel ini kepada prestasi paparan Samsung Galaxy S9 dan S9+ di dalam ujian DisplayMate.

Hasil ujian DisplayMate tidaklah mengejutkan, Samsung sememangnya mempunyai rekod yang baik untuk paparan peranti mereka dan selepas mengungguli skor kamera, siri Galaxy S9 memperoleh pula skor tertinggi di dalam ranking smartphone. Harus diingat. walaupun ia menggunakan resolusi yang sama dengan model Galaxy S8 (2,960 x 1,440), beberapa peningkatan telah dibuat pada paparan peranti baru.

Tambah baik paling menonjol adalah talaan ketepatan warna yang lebih baik. DisplayMate mengatakan talaan warna yang dilakukan pada paparan Galaxy S9 mencapai standard gamut yang terbaik dan paling hampir dengan sempurna pernah mereka lihat pada sesebuah peranti.

Good job Samsung!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend