Segelintir Pengguna Pocophone F1 Mula Terima Kemas Kini Android 10 Comments Off on Segelintir Pengguna Pocophone F1 Mula Terima Kemas Kini Android 10

Pocophone F1 telah dilancarkan pada tahun 2018 dan pernah menjadi telefon terhangat ketika itu malah ada yang menggelarkannya sebagai ‘flagship killer’.

Terkini, segelintir pengguna melaporkan mereka telah mula menerima kemas kini Android 10 pada telefon masing-masing.

Perkara ini tidak mengetjutkan untuk sebuah telefon lama yang mendapat kemas kini terbaru daripada Android kerana selepas beberapa bulan ia dilancarkan, pemilik Pocophone F1 disahkan layak menerima Android 10 (dipanggil Android Q pada masa itu) melalui kemas kini OTA.

Kemas kini membawa perisian versi stabil 11.0.4.0QEJMIXM dengan saiz seberat 1.9GB. Log perubahan menunjukkan sedikit peningkatan dan pengoptimuman disamping tampalan keselamatan Januari 2020.

Walaupun begitu, ada beberapa pengguna mendakwa kemas kini yang diterima hadir dalam versi beta dan bukannya versi stabil.

Jika ada diantara anda yang masih lagi menggunakan Pocophone F1, adalah lebih baik sekiranya anda membuat semakan di bahagian tetapan sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend