Sebanyak 10 Juta Unit Siri Huawei Mate 20 Dihantar Ke Seluruh Dunia Sejak Ia Dilancarkan Comments Off on Sebanyak 10 Juta Unit Siri Huawei Mate 20 Dihantar Ke Seluruh Dunia Sejak Ia Dilancarkan

Ya, sebanyak 10,000,000 unit telefon pintar siri Huawei Mate 20 telah dihantar ke seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu. Pengumuman ini telah dibuat oleh pihak Huawei Mobile di laman Twitter mereka sebentar tadi.

Melalui kicauan, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai khususnya kepada para pengguna siri Mate 20 atas kejayaan yang dikecapi. Tambahan, mereka juga akan berusaha meningkatkan rangkaian produk kepada pengguna.

Siri Mate 20 merupakan peranti mercu daripada Huawei yang menawarkan sistem tri kamera belakang berteknologi Leica. Mate 20 dijual pada harga RM2,399 manakala Mate 20 X pada harga RM3,199.

Menariknya, jika dahulu Mate 20 Pro diperkenalkan pada harga RM3,599, kini ia boleh dimiliki pada harga RM2,999 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend