Satu Mata Membezakan Honor 20 Pro Dengan Huawei P30 Pro Dan Samsung Galaxy S10 5G – DxOMark Comments Off on Satu Mata Membezakan Honor 20 Pro Dengan Huawei P30 Pro Dan Samsung Galaxy S10 5G – DxOMark

Serentak dengan majlis pelancaran siri Honor 20 di London, seperti biasa Honor dilihat turut mendedahkan skor DxOMark yang diperolehi oleh Honor 20 Pro kepada umum. Dengan konfigurasi empat kamera beresolusi 48MP (f/1.4, Sony IMX586) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 8MP (f/2.4, Telephoto) + 2MP (f/2.4, Macro), Honor 20 Pro telah berjaya memperolehi skor sebanyak 111 mata.

Skor yang dicatatkan ini sekaligus meletakkan Honor 20 Pro setanding OnePlus 7 Pro yang juga memperolehi skor yang sama. Bahkan jika dilihat pada keseluruhan skor, Honor 20 Pro hanya kekurangan satu mata sahaja berbanding peneraju takhta DxOMark iaitu Huawei P30 Pro dan juga Samsung Galaxy S10 5G, yang masing-masing mencatatkan 112 mata.

Honor 20 Pro menerima 117 mata untuk penggambaran kamera statik iaitu setanding Samsung Galaxy S10 5G, manakala rakaman videonya pula mencatatkan skor sebanyak 97 mata.

Baca juga:

Honor 20 Pro dan Honor 20 Kini Dilancarkan Dengan Kirin 980, Magic UI 2.1 Serta Empat Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend