Satu Gadget Tawar Harga Istimewa Sempena Bulan Mac Pada Masa Sama Lancar Vivo Concept Store 3.0 Comments Off on Satu Gadget Tawar Harga Istimewa Sempena Bulan Mac Pada Masa Sama Lancar Vivo Concept Store 3.0 487

Bagi anda yang berada di sekitar Cheras dan ibu kota ini merupakan berita baik kerana kami difahamkan Satu Gadget Dot Com cawangan Menara PGRM akan mengadakan jualan promosi bersempena bulan Mac ini.

Pada 1 Mac 2019, bermula jam 11 pagi orang ramai boleh mendapatkan pelbagai telefon pintar dan tablet terkini pada harga yang istimewa. Seperti contoh, pelanggan yang membuat pembelian Asus ZenFone Max Pro (M1), mereka akan membawa pulang sebuah powerbank 10,000mAh secara percuma.

Kami turut diberitahu ‘Tawaran RM1’ yang sering mendapatkan sambutan tinggi turut diadakan pada hari tersebut. Tetapi kali ini ia lebih menarik kerana Satu Gadget menawarkan kad microSD berkelajuan tinggi, powerbank 10,000mAh, fon telinga bluetooth, fon kepala bluetooth, pengecas 4 port berjenama, batang swafoto, dan set bekas makanan untuk pelanggan terawal.

Selain daripada itu, Satu Gadget turut melancarkan kedai baharu mereka menerusi Vivo Concept Store 3.0. Difahamkan, kedai ini merupakan yang kedua di Malaysia yang menawarkan ruang pameran moden serta berteknologi untuk perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.

Pada masa sama, pengunjung juga boleh mendapatkan Vivo V15 Pro pada hari pertama penjualan peranti ini. Bagi pelanggan yang sudah membuat pra-tempah, anda boleh mengutip peranti dan hadiah anda di kedai Vivo terbaharu ini.

Anda juga boleh melihat poster dibawah untuk menyemak senarai peranti. Selamat membeli-belah!

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend