Satu Gadget Anjur ‘Merdeka Lucky Draw 2018’ Yang Menjanjikan Telefon Pintar Dan Aksesori Pada Harga Runtuh Comments Off on Satu Gadget Anjur ‘Merdeka Lucky Draw 2018’ Yang Menjanjikan Telefon Pintar Dan Aksesori Pada Harga Runtuh

Bersempena meraikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-61, Satu Gadget Dot Com hari ini telah menganjurkan acara ‘Merdeka Lucky Draw 2018’ yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pelanggannya. Acara satu hari yang diadakan di Menara PGRM Cheras ini telah bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam ini (30 Ogos 2018).

Satu Gadget menawarkan telefon pintar set import (AP) dan juga aksesori dalam kuantiti terhad pada harga hanya RM1 untuk gelombang pertama yang bermula jam 11 pagi tadi.
Telefon pintar set original Malaysia juga ada dijual dengan potongan harga mencecah 50%.

Acara ‘Merdeka Lucky Draw 2018’ yang bermula jam 11 pagi tadi telah menyaksikan tiga aktiviti utama diadakan iaitu jualan murah telefon pintar set import (AP), dan juga jualan pelbagai aksesori pada harga hanya RM1. Lebih menariknya, acara ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti pengambilan telefon pintar OPPO F9 yang telah dipra-tempah sebelum ini.

Gelombang kedua pula menyaksikan sesi jualan telefon pintar unit demo dengan jaminan waranti selama 3 bulan dari Satu Gadget.
Aksesori dengan harga runtuh hanya RM1 dalam kuantiti terhad turut ditawarkan untuk gelombang kedua yang bermula jam 4 petang tadi.

Satu Gadget turut mengadakan aktiviti jualan murah gelombang kedua bermula jam 4 petang tadi dengan menawarkan telefon pintar unit demo yang dijual pada harga murah, beserta aksesori yang dijual pada harga runtuh RM1. Dengan setiap pembelian mana-mana produk di Satu Gadget, pembeli hanya perlu mendaftar untuk menyertai cabutan bertuah pada jam 5.30 petang dengan mengemukan resit pembelian.

Acara kemuncak iaitu cabutan bertuah akan mula diadakan pada jam 8 malam hingga jam 10 malam nanti. Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah 5 biji basikal, beg bagasi, pelbagai jenama telefon pintar, dan juga pelbagai peralatan elektrik serta elektronik. Jadi jom kita singgah Satu Gadget Dot Com di Menara PGRM, Cheras hari ini bagi berpeluang memenangi cabutan bertuah hebat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend