
Sasa yang merupakan peruncit kosmetik, produk penjagaan penjagaan kulit dan produk wangian terkemuka Asia yang diasaskan di Hong Kong, kini telah membuka kedai atas taliannya di Shopee secara rasmi.
Dengan pembukaan kedai rasmi Sasa di Shopee, pengguna boleh mendapatkan lebih 1000 produk kecantikan yang merangkumi produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti pelembap kulit, pembersih muka, krim perlindungan cahaya matahari, bedak asas, gincu dan juga penggaris mata daripada pelbagai jenama antarabangsa seperti YSL, Clinique, dan Clarins.
Bersempena pelancaran Kedai Rasmi Sasa di Shopee, peminat boleh menikmati tawaran terbaik pada Jualan Kilat sepanjang 17 Mac 2020. Lebih istimewa, pembeli boleh mendapatkan penjimatan tambahan pada 17 Mac 2020 dengan menggunakan kod baucar berikut:
- SASABL10 – potongan harga 10% tanpa perbelanjaan minimum.
- SASABL15 – potongan harga 15% dengan perbelanjaan minimum RM180.
- SASABL20 – potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM260.
Nikmati tawaran menarik yang ditawarkan di Kedai Rasmi Sasa secara eksklusif hanya di https://shopee.com.my/sasa.os.