SanDisk Perkenal Kad MicroSD 400GB Terpantas Di Dunia 0 123

Canggih atau mahal macam mana sekalipun telefon pintar tetapi kalau ruang storan tidak mencukupi pun tidak guna juga kan?! Jadi bagi pengguna yang sememangnya obses dengan ruang storan yang ‘gedabak punya besar’, SanDisk ada penyelesaian terbaik untuk anda semua…

Bersempena acara MWC 2018, SanDisk yang sememangnya terkenal dengan pelbagai model kad microSD telah melancarkan satu kad microSD baharu yang dikenali sebagai ‘SanDisk Extreme A2 microSD UHS-1’. Kad microSD ini menyokong ruang storan yang sangat besar iaitu mencecah sehingga 400GB dan ia sudah tentunya boleh dipadankan dengan kebanyakan model yang baru sahaja diperkenalkan seperti siri ASUS ZenFone 5 (2018).

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya SanDisk pernah memperkenalkan kad microSD dengan kapasiti 400GB pada tahun lepas tetapi kad microSD itu kini telah dipertingkatkan keupayaannya untuk menyokong kelajuan yang jauh lebih pantas. Bagi membezakan kedua-dua kad itu, versi terbaharu SanDisk Extreme A2 ini telah ditukarkan dari warna merah dan kelabu ke merah dan emas.

Kad microSD SanDisk yang menggunakan teknologi PCI-e dari Western Digital berupaya mencatatkan kelajuan membaca (read speed) sehingga 160MB/s dengan kelajuan menulis (write speed) sehingga 90MB/s. Harga jualan untuk kad microSD ini mencecah USD300 atau bersamaan kira-kira RM1,164.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend