Samsung W2019 Kini Rasmi Dengan Dwi Paparan, Dwi Kamera, Snapdragon 845 Comments Off on Samsung W2019 Kini Rasmi Dengan Dwi Paparan, Dwi Kamera, Snapdragon 845

Telefon kerang Samsung W2019 kini diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global menampilkan telefon lipat pertama yang hadir dengan cip pemproses Snapdragon 845. Peranti ini juga dilengkapi sejumlah ciri yang menarik antarannya dua paparan depan dan belakang disamping pengimbas cap jari di kerangka peranti.

Samsung W2019 dipadankan skrin Super AMOLED 4.2-inci yang menyokong resolusi FHD 1920 x 1080. Peranti seberat 257g ini turut memuatkan bateri berkapasiti 3,070mAh dan dikuasakan memori sebesar 6GB serta storan seluas 128GB atau 256GB, selain terdapat slot kad microSD.

Dwi kamera yang dimaksudkan pula membawakan sensor 12MP + 12MP dengan bukaan boleh-laras f/1.5 hingga f/2.4 seakan Galaxy Note 9. Kamera utama ini juga membawakan teknologi OIS, dua-kali zum, rakaman video 4K pada 60fps, dua-tona LED flash, dan rakaman gerak-perlahan FHD pada 960fps.

Samsung W2019 dijana sistem antaramuka Samsung Experience berasaskan Android 8.1 Oreo terus dari kotak. Peranti ini juga menyokong dwi nano SIM, sambungan 4G VoLTE, NFC, Bluetooth 4.2, dan butang akses ke Bixby. Seperti peranti lain, ia juga tidak lagi menyokong bicu audio 3.5mm.

Setakat ini, tiada tarikh khusus ketersediaan peranti ini dan menurut sumber di China ia bakal dijual dengan tanda harga premium sekitar CNY10,000 (~RM6,013) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend