Samsung Umum Roh Tae-moon Sebagai Ketua Bahagian Perniagaan Peranti Mudah Alih Baharu Comments Off on Samsung Umum Roh Tae-moon Sebagai Ketua Bahagian Perniagaan Peranti Mudah Alih Baharu

Sejak tahun 2015, bahagian perniagaan peranti mudah alih Samsung telah diterajui oleh DJ Koh untuk tempoh lima tahun. Namun kini jawatan itu telahpun menampilkan wajah baharu apabila Samsung telah mengumumkan pelantikan Roh Tae-moon untuk menjawat jawatan itu bermula semalam (20 Januari 2020).

Berusia 52 tahun, Roh Tae-moon yang merupakan veteran untuk tempoh dua dekad di dalam syarikat terbesar di Korea itu sebenarnya memiliki kepakaran dalam kejuruteraan rekaan dan juga ciri-ciri pada sebuah telefon pintar.

DJ Koh menyandang jawatan Ketua Bahagian Perniagaan Mudah Alih Samsung sejak tahun 2015.

Menyertai Samsung pada tahun 1997, Roh Tae-moon telah dipilih berikutan kepimpinannya dan juga usaha dalam menghidupkan semula organisasi untuk pasaran peranti mudah alih yang kini lebih kompetitif.

Roh Tae-moon juga bakal menggalas tanggungjawab besar dalam memperbaiki semula reputasi bahagian peranti mudah alih, berikutan Samsung sebelum ini telah berhadapan dengan sekurang-kurangnya dua isu kualiti yang agak besar di bawah kepimpinan DJ Koh.

Samsung Galaxy Note 7 terpaksa dihentikan pengeluarannya gara-gara isu bateri yang menyebabkan peranti ini mudah terbakar.

Antara isu utama yang dihadapi termasuklah penamatan pengeluaran model Galaxy Note 7 pada tahun 2016 berikutan isu bateri yang mudah terbakar, dan juga isu rekaan skrin pada Galaxy Fold.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend