
Hari ini Samsung Electronics telah mengumumkan kerjasamanya dengan 8K Association (8KA) dalam usaha untuk memperkenalkan program pensijilan yang pertama seumpamanya bagi televisyen beresolusi 8K dan juga produk 8K yang lain.
Melalui kerjasama ini juga ia akan turut menyaksikan satu lagi pencapaian untuk Samsung QLED 8K yang akan menjadi salah satu daripada televisyen terawarl di pasaran yang akan menerima pengiktirafan 8KA bermula tahun ini. Melalui penggunaan logo pensijilan 8KA, pengguna akan lebih mudah untuk mengenal pasti paparan premium 8K berbanding peranti lain ketika membuat keputusan untuk membeli.

Program Pensijilan 8KA akan diberikan kepada televisyen yang menyokong piksel empat kali lebih tinggi berbanding televisyen standard 4K untuk kejelasan, kontras, warna dan juga prestasi HDR. Antara yang akan diuji termasuklah resolusi mencecah 7680 x 4320 piksel, tahap keterangan melebihi 600 nits, transmisi imej HDMI2.1, dan juga Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HVEC).
Untuk maklumat lanjut tentang 8K Association dan televisyen Samsung QLED 8K, layari www.samsung.com.
Baca juga:
Samsung QLED 8K Smart TV Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Sehingga RM299,999