Samsung Umum Kemunculan Dua Tablet Baharu – Galaxy Tab S5e Dan Galaxy Tab A 10.1 (2019) Comments Off on Samsung Umum Kemunculan Dua Tablet Baharu – Galaxy Tab S5e Dan Galaxy Tab A 10.1 (2019) 376

Pietara menantikan ketibaan acara paling dinantikan iaitu Samsung Unpacked yang telah dijadualkan berlangsung pada 20 Februari ini, Samsung nampaknya terlebih dahulu telah mengumumkan penawaran dua tablet baharunya iaitu Galaxy Tab S5e dan juga Galaxy Tab A 10.1 (2019).

Dari atas: Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) dan Samsung Galaxy Tab S5e

Tampil dengan rekaan premium yang diperbuat daripada logam, kedua-dua tablet ini telah dioperasikan dengan antaramuka baharu daripada Samsung iaitu One UI yang berasaskan daripada Android 9.0 Pie. Samsung turut memperkenalkan dua varian berbeza untuk kedua-dua model tablet ini iaitu versi WiFi sahaja dan juga versi LTE.

Dari kiri: Samsung Galaxy Tab S5e dan Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019)

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, emas dan kelabu, Galaxy Tab S5e versi WiFi dan LTE masing-masing akan dijual ada harga €419 (kira-kira RM1,933) dan €479 (kira-kira RM2,210). Manakala Galaxy Tab A 10.1 (2019) versi WiFi dan LTE pula masing-masing boleh dimiliki pada harga €210 (kira-kira RM969) dan €270 (kira-kira RM1,245).

Samsung Galaxy Tab S5e:

  • Samsung One UI (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 670
  • 4GB + 64GB / 6GB + 128GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 10.5 inci Super AMOLED (2560 × 1600 piksel)
  • Kamera: 13MP (belakang) / 8MP (depan)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • Pengimbas cap jari pada butang ‘Home’
  • Quad Speaker (AKG)
  • 7040 mAh (teknologi pengecasan pantas)
  • 245 x 160 x 5.5mm / 400g

Samsung Galaxy Tab A 10.1:

  • Samsung One UI (Android 9.0 Pie)
  • Samsung Exynos 7904
  • 3 GB + 32 GB
  • microSD sehingga 400GB
  • 10.1 inci IPS LCD (1920 × 1200 piksel)
  • Kamera: 8MP (belakang) / 5MP (depan)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • Pengecaman wajah menggunakan kamera depan
  • Dual Speaker (Dolby Atmos)
  • 6150 mAh
  • 245 x 149 x 7.5mm / 460g

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend