
Bermula 1 Mei hingga 7 Jun 2020, Samsung Malaysia Electronics akan menganjurkan peraduan ‘Jimat, Snap & Menang’ yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM424,000.
Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, pelanggan yang membuat pembelian telefon pintar Samsung Galaxy terpilih berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama iaitu Samsung 65″ QLED 8K Smart TV (2020) bernilai RM22,999 dan juga kredit Boost sebanyak RM500.
Selain itu pemenang hadiah mingguan juga turut berpeluang untuk memenangi Samsung POWERstick Jet 90 Premium (sehingga 200W) beserta kredit Boost RM300, dan juga Samsung Convection Microwave Oven 45L beserta kredit Boost RM100.
3 cara mudah untuk menyertai peraduan ‘Jimat, Snap & Menang’:
- Langkah 1 – Beli telefon pintar terpilih
- Langkah 2 – Ambil gambar Hari Raya dan hantarkan penyertaan anda
- Langkah 3 – Nantikan pengumuman pemenang hadiah mingguan
Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan pada setiap hujung minggu, manakala hadiah pemenang utama pula akan diumumkan pada 12 Jun 2020. Berikut adalah senarai hadiah keseluruhan bernilai RM424,000 yang boleh dimenangi:
Kategori | Unit | Hadiah |
Hadiah Utama | 10 | Samsung 65″ Q800T QLED 8K Smart TV (2020) + RM500 kredit Boost |
Hadiah Kedua | 18 | Samsung POWERstick Jet 90 Premium + RM300 kredit Boost |
Hadiah Ketiga | 36 | Samsung Convection Microwave Oven 45L + RM100 kredit Boost |
Saguhati | 500 | RM100 kredit Boost |
Senarai pembelian telefon pintar yang layak menyertai peraduan:
Model | Harga | Hadiah Percuma |
Galaxy S20 | RM 3,599 | Samsung Wireless Charger Pad + Samsung microSD 128GB |
Galaxy S20+ | RM 3,999 | Samsung Wireless Charger Pad + Samsung microSD 128GB |
Galaxy S20 Ultra | RM 4,999 | Samsung Wireless Charger Pad + Samsung microSD 128GB |
Galaxy S10 Lite | RM 2,699 | Samsung Galaxy Fit |
Galaxy Note10 Lite | RM 2,299 | Samsung Galaxy Fit |
Galaxy A71 | RM 1,799 | Samsung Galaxy Fit-e |
Galaxy A51 | RM 1,299 | Samsung Galaxy Fit-e |
Galaxy A01 | RM 449 | Perlindungan skrin 6 bulan |
Galaxy A30s (64GB / 128GB) | RM 899 / RM 999 | Perlindungan skrin 6 bulan |
Galaxy A20s | RM 699 | Perlindungan skrin 6 bulan |
Galaxy A10s | RM 529 | Perlindungan skrin 6 bulan |
Galaxy Tab S6 | RM 3,099 | Samsung Galaxy Buds |
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Jimat, Snap & Menang’, sila layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/2020-hari-raya/.