Samsung Sahkan Kesemua Varian Samsung Galaxy S10 Akan Siap Dipasang Dengan Pelindung Skrin 0 423

Pemasangan skrin pelindung pada telefon pintar keluar daripada kotak bukanlah sesuatu perkara yang baru, ini kerana kebanyakan pengeluar telefon pintar seperti Huawei, Vivo dan OPPO telah lama menawarkannya pada peranti keluaran mereka. Namun begitu, pendekatan ini telah mula dipraktikkan oleh Samsung untuk kesemua varian Galaxy S10 yang baru sahaja dilancarkan.

Samsung Galaxy S10

Melalui notis yang dikongsikan di dalam laman komunitinya, Samsung telah mengesahkan bahawa Galaxy S10, Galaxy S10+ dan juga Galaxy S10e yang dijualnya akan siap dipasang dengan skrin pelindung yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Menurut Samsung, pemasangan skrin pelindung ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna apabila membelinya.

Samsung Galaxy S10+

Samsung juga turut menyarankan kepada pemilik Galaxy S10 dan Galaxy S10+ untuk tidak menggunakan pelindung skrin jenis kaca ataupun pelindung skrin yang diperbuat daripada polyurethane bagi memastikan sensor pengimbas cap jari ultrasonik boleh berfungsi dengan baik.

Memandangkan pelindung skrin yang siap dipasang itu tidak didatangkan dengan jaminan waranti, penggantian pelindung skrin khas keluaran Samsung itu akan ditawarkan kepada pengguna pada harga USD29.99 iaitu kira-kira RM122. Dengan harga yang agak mahal, diharapkan Samsung Malaysia akan turut menawarkannya secara percuma kepada pengguna di negara ini

Sumber

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Samsung Galaxy S10e Turut Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi Kamera Dalam Kerangka Lebih Kompak

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend