Samsung QLED 8K Smart TV Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Sehingga RM299,999 Comments Off on Samsung QLED 8K Smart TV Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Sehingga RM299,999

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah melancarkan Samsung QLED 8K Smart TV untuk pasaran tempatan. Ia merupakan siri televisyen pintar berdefinasi tinggi yang sarat dengan teknologi terkini.

Samsung QLED 8K TV dijana cip pemproses Quantum dengan algoritma unik bertujuan memberikan gambar yang lebih jelas. Melaluinya, TV akan melaras keterangan skrin serta bunyi mengikut persekitaran sekeliling secara sendiri. Selepas didedahkan dengan demonstrasi, TV ini mampu memainkan gambar 1080p yang lebih baik berbanding TV 4K sebelum ini menerusi teknologi yang dinamakan AI Upscaling.

Sokongan lain yang turut disertakan adalah Quantum HDR 32x dan Direct Full Array 16x. Kedua-dua sokongan ini membolehkan pengguna menikmati kualiti warna gambar yang lebih tepat, jitu, dan mendalam pada masa sama ia akan meningkatkan tahap kehitaman pada imej.

Selain daripada menonton siaran TV, ia juga boleh dijadikan sebagai paparan untuk anda bermain permainan konsol. Melalui sokongan Real Game Enhancer, anda akan menikmati permainan yang lebih licin seperti menggunakan monitor gaming. Jika TV ini tidak digunakan, anda juga boleh mengubah skrin menjadi kertas dinding melalui fungsi Magic Screen.

Anda juga boleh mengarahkan TV untuk mengubah siaran, membuka pelayar, melaras bunyi, dan apa sahaja menggunakan arahan suara pada alat kawalan jauh. Fungsi ini dinamakan Bixby yang sama seperti telefon pintar Samsung.

Samsung QLED 8K Smart TV ditawarkan dengan tiga pilihan saiz:

  • QA900R 8K (98″) – RM299,999
  • QA900R 8K (82″) – RM99,999
  • QA900R 8K (75″) – RM59,999

Selain daripada itu, pihak Samsung turut memperkenalkan TV pintar QLED 4K dan bar bunyi Harmon Kardon untuk pengguna tempatan dengan tawaran promosi terkini di pameran yang berlangsung di Centre Court, Mid Valley sehingga 12 Mei 2019.

  • Q90R 4K (75″) – RM29,999 (2+3 tahun jaminan tambahan)
  • Q90R 4K (65″) – RM18,999 (2+3 tahun jaminan tambahan)
  • QA75R 4K (75″) – RM19,999 (2+3 tahun jaminan tambahan)
  • QA75R 4K (65″) – RM13,999 (2+3 tahun jaminan tambahan)
  • QA75R 4K (55″) – RM7,999 (2+3 tahun jaminan tambahan)
  • QA60R 4K (82″) – RM19,999 (percuma 1x Galaxy S10e bernilai RM2,699)
  • QA60R 4K (75″) – RM13,999 (percuma 1x Galaxy A50 bernilai RM1,199)
  • QA60R 4K (65″) – RM8,999 (percuma 1x Galaxy Tab A 7.0 bernilai RM659)
  • QA60R 4K (55″) – RM6,499 (percuma 1x Galaxy Tab A 7.0 bernilai RM659)
  • QA60R 4K (49″) – RM4,999 (harga promosi RM3,499)
  • Soundbar N950 – RM6,499 (harga promosi RM3,999 untuk pembelian mana-mana TV)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend