Samsung Perkenalkan Peranti Android Go Pertamanya Untuk Pasaran Malaysia Dan India Dengan Model Samsung Galaxy J2 Core Comments Off on Samsung Perkenalkan Peranti Android Go Pertamanya Untuk Pasaran Malaysia Dan India Dengan Model Samsung Galaxy J2 Core

Pada bulan Jun yang lepas, Samsung telah dilaporkan sedang menguji peranti Android Go untuk pasaran terpilih di Asia, Eropah dan Amerika Latin. Malah tidak lama selepas itu, telefon pintar Android Go pertama keluaran Samsung itu dilihat telah mula tertiris di Internet, tetapi tiada sebarang maklumat berkenaan model itu berjaya diperolehi.

Nampaknya hari ini peranti Android Go misteri keluaran Samsung itu telah mula diperkenalkan secara rasmi dengan kemunculan model Samsung Galaxy J2 Core. Walaupun Samsung tidak mendedahkan harga jualan model ini, ia telah dilaporkan akan mula dijual untuk pasaran Malaysia dan India tidak lama lagi sebelum ia dibawa masuk ke pasaran global yang lain.

Samsung Galaxy J2 Core yang disasarkan untuk segmen peranti kelas permulaan ini telah dioperasikan dengan Android Oreo berasaskan Android Go edition. Ini bermakna ia menyokong aplikasi pra-pasang versi Go seperti Google Go, Files Go dan juga Gmail Go. Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy J2 Core:

  • Android 8.1 Oreo (Go edition)
  • Dual SIM
  • Exynos 7570 (14nm)
  • Empat teras 1.4GHz
  • Mali-T720 MP1
  • ROM 8GB + RAM 1GB (sokong microSD)
  • 5.0 inci TFT (540 x 960 pixels)
  • Kamera utama: 8MP (f/2.2)
  • Kamera hadapan: 5MP (f/2.2)
  • 143.4 x 72.1 x 8.9mm / 154g
  • 3.5mm audio jack, Radio FM
  • 4G VoLTE, Wi-Fi b/g/n, Bluetooth 4.2 LE, GPS
  • 2600 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend