Samsung Perkenal Warna Baharu Sunrise Gold Dan Burgundy Red Untuk Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Comments Off on Samsung Perkenal Warna Baharu Sunrise Gold Dan Burgundy Red Untuk Galaxy S9 Dan Galaxy S9+

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2018 yang lalu dan ia telah dijual di Malaysia pada 16 Mac dalam tiga warna pilihan iaitu Lilac Purple, Midnight Black dan juga Coral Blue. Selepas lebih kurang tiga bulan ia dilancarkan, kini Samsung telah memperkenalkan dua lagi warna baharu untuk kedua-dua varian tersebut dengan kehadiran warna Sunrise Gold dan juga Burgundy Red.

Burgundy Red akan mula diperkenalkan pada Mei ini untuk pasaran Korea dan China sahaja, manakala warna Sunrise Gold pula akan mula dijual bermula Jun nanti di Australia, Chile, Jerman, Hong Kong, Korea, Mexico, Rusia, Sepanyol, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu dan juga Vietnam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend