Samsung Perkenal TV Tanpa Bezel Dengan Nisbah Skrin-Ke-Kerangka 99% – Samsung Q950TS QLED 8K TV Comments Off on Samsung Perkenal TV Tanpa Bezel Dengan Nisbah Skrin-Ke-Kerangka 99% – Samsung Q950TS QLED 8K TV

Hari ini Samsung Electronics telahpun memperkenalkan barisan TV QLED 8K model 2020 bersempena acara CES 2020 yang kini sedang berlangsung di Las Vegas. Tampil dengan rekaan inovasi tanpa bezel dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 99%, Samsung Q950TS  QLED 8K TV ini merupakan TV pertama dalam industri yang menawarkan ciri audio bunyi keliling dan juga resolusi 8K penuh.

Memiliki skrin berukuran 75 inci, Q950TS QLED 8K TV memiliki paparan skrin penuh tanpa bezel yang menjanjikan efek ‘Infinity Screen’ di ruang tamu rumah anda. Kerangka nipis berukuran 15mm dengan permukaan panel belakang rata membolehkan TV ini diletakkan secara secara rata pada permukaan dinding dengan sangat baik sekali.

Samsung Q950TS QLED 8K TV juga menjanjikan bunyi audio terbaik dengan kombinasi sub-woofer terbina, dan ciri ‘Object Tracking Sound+’ yang menggunakan teknologi AI berasaskan perisian yang boleh menyamakan bunyi audio dan juga pergerakan objek pada skrin. Malah ia turut menjanjikan pengalaman audio bunyi keliling 5.1 yang lebih jelas dan lantang.

Lubang speaker dengan efek bunyi keliling 5.1 pada Samsung Q950TS QLED 8K TV.

Tidak cukup dengan itu, Q950TS QLED 8K TV ini turut dilengkapi fungsi ‘Adaptive Picture’ yang membolehkan TV ini untuk menala tahap keterangan dan juga kontras paparan, bergantung kepada pencahayaan persekitaran.

sumber

Baca juga:

Samsung Umum Kerjasama Dengan 8K Association Bagi Memperkenalkan Program Pensijilan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend