Samsung Perkenal Pemproses 10nm, Exynos 9610 Dengan Rakaman Gerak Perlahan 480 fps Comments Off on Samsung Perkenal Pemproses 10nm, Exynos 9610 Dengan Rakaman Gerak Perlahan 480 fps

Baru-baru ini Samsung telah mengumumkan pengenalan SoC terbarunya iaitu Exynos 9610 yang akan digunakan pada telefon pintar kelas pertengahan keluarannya pada masa akan datang.

Sungguhpun begitu, penggunaan nombor siri 9xxx pada pemproses kelas pertengahan terbaru ini bagi menggantikan nombor siri 7xxx sebelum ini memang agak mengelirukan pengguna. Menurut Samsung, Exynos 9610 ini dibangunkan melalui proses 10nm generasi kedua dengan penambahbaikan pada aspek pemprosesan isyarat imej (ISP).

 

Ini bermakna melalui proses deep learning, pengecaman wajah akan menjadi lebih tepat apabila penggambaran dijalankan walaupun subjek tidak melihat kamera, memakai topi dan sebagainya. Lebih menariknya, Exynos 9610 ini juga masih disediakan dengan sokongan rakaman video 4K 120 fps sama  seperti peranti flagship yang menggunakan pemproses Exynos 9810. Selain itu ia juga turut menyokong rakaman video 1080p 480 fps dengan peningkatan prestasi sebanyak 1.6x.

Exynos 9610 menampilkan rekaan CPU lapan teras yang mana empat teras utamanya menggunakan Cortex-A73 dengan kelajuan 2.3GHz. Manakala empat teras lagi menggunakan Cortex-A53 berkelajuan 1.6GHz dengan sokongan GPU Mali-G72 MP3. Pemproses ini juga turut menyokong kelajuan muat turun maksimum Cat.12 600Mbps, WiFi 802.11 ac 2×2 MIMO, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Samsung dikatakan akan mula mengkomersialkan Exynos 9610 bermula pertengahan tahun 2018 ini dan akan pasaran di China akan menjadi fokus utamanya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend